07 Ogos 2023 (Isnin) - Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima menghadap Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri di Istana Negara pada hari ini.
Rombongan bersama Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia II ini telah menyampaikan taklimat tentang Kembara Diraja yang difahamkan akan membabitkan dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak pada bulan September ini.
Hasrat Al-Sultan Abdullah dinyatakan menerusi Persidangan Dewan Rakyat pada 13 Februari lepas.
“Adalah menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ini khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu,” titah Al-Sultan Abdullah.
Al-Sultan Abdullah turut menyatakan perkenan untuk program tersebut sebagai 'Kembara Diraja Kenali Borneo'.