Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama seluruh Malaysia (IJPAM) 2023

04 Oktober 2023 (Rabu) - Kota Kinabalu: YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan program tersebut dan turut hadir dalam acara berkenaan adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Agama, Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri  memaklumkan beliau tertarik dengan transformasi pengurusan yang ditunjukkan dalam merealisasikan agenda MADANI oleh agensi-agensi Islam dalam negara yang berusaha memberi kesedaran masyarakat yang lebih meluas tentang halatuju Malaysia MADANI.

Dalam ucapan perasmian beliau memaklumkan telah meminta Menteri Pendidikan untuk memastikan pelajar-pelajar Islam mendapat pencerahan tambahan tentang akhlak dan kekuatan akidah seiring mengejar pembangunan agar perpaduan dalam kepelbagaian seperti mana yang dilakukan Rasulullah SAW yang menyatukan pelbagai kaum dan agama dalam membangunkan kota Madinah itu dapat diterapkan kepada para pelajar.

YAB Perdana Menteri juga meminta semua agensi-agensi agama bersama-sama kerajaan merealisasikan agenda ‘gagasan perpaduan’ yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia MADANI.

Seramai 1,837 atlet dari 18 kontinjen telah berkampung di IJPAM 2023 sejak 30 September lalu di Kota Kinabalu, Sabah.


{Play} Klik untuk dengar artikel ini





BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps