Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sabah Gala Dinner and Awards Presentation sempena 2023 Global Chinese Economic and Technology Summit

06  November 2023 (Isnin) - Shenzen: Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghadiri Sabah Gala Dinner and Awards Presentation sempena 2023 Global Chinese Economic and Technology Summit di sini.

Sidang Kemuncak yang berlangsung dua hari yang bermula hari ini hingga 07 November 2023 yang diadakan di Shenzen, China adalah usaha kearah globalisasi yang mampan. Ia dijangka akan mengukuhkan kerjasama global dan perkongsian teknologi serta memberi tumpuan kepada 4P - Keamanan, Perkongsian, Rakyat dan Planet (Peace, Partnerships, People and Planet) untuk kemakmuran bersama global.

Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia telah diasaskan oleh Tan Sri Lee Kim Yew dan Tan Sri Michael Yeoh pada 2009. Ia pertama kali diadakan di Palace of the Golden Horses, Malaysia dan dihoskan oleh Pengasas dan Penaungnya, Tan Sri Lee Kim Yew.

Sejak itu, WCES telah diadakan di Melbourne, Chongqing, London, Melaka, Macao, Beijing, Bonn, dan Pulau Pinang. Sidang Kemuncak itu menekankan peranan Cina Global dan menghubungkan Diaspora Cina Global serta mempromosikan pembelajaran antara Timur dan Barat.

{Play} Klik untuk dengar artikel ini

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps