Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) John Lee Ka-Chiu, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR)

09 November 2023 (Khamis) - Hong Kong: Kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) John Lee Ka-Chiu, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji dan YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil kesempatan untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah-langkah ke hadapan, terutamanya dalam bidang pelaburan utama Sabah iaitu sektor tenaga, industri intensiti tenaga rendah, produk berasaskan teknologi hijau, produk hilir biojisim, pemprosesan makanan, peralatan perubatan, minyak dan gas, pelancongan, ekonomi biru dan lain-lain industri baru.

TYT John Lee Ka-Chiu memaklumkan Sabah adalah destinasi pelancongan yang popular untuk rakyat Hong Kong dan kerajaan mereka sedang melakukan usaha untuk mewujudkan lebih banyak laluan pelancongan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau juga turut mengakui bahawa Sabah telah menjadi pengeksport penting makanan laut ke Hong Kong dan menyatakan terdapat potensi untuk produk makanan lain.

Selain itu, Hong Kong juga mengalu-alukan Sabah mengadakan pameran perdagangan di Hong Kong untuk mempamerkan produk Sabah dan kepentingan perniagaan dalam masa terdekat.

{Play} Klik untuk dengar artikel ini

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps