Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Lawatan Kerja ke Kilang SK Nexilis Sdn. Bhd.

10 November 2023 (Jumaat) - Kota Kinabalu:  Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri telah melawat kilang SK Nexilis Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) pada hari ini.

Bersama-sama beliau dalam lawatan tersebut, YBhg. Datuk Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Pihak SK Nexilis telah memberikan taklimat dan lawatan di sekitar kawasan kilang yang beroperasi di taman perindusrian KKIP.

Kilang kerajang tembaga itu telah dibina di kawasan seluas 100 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dengan pelaburan berjumlah RM4.2 bilion.

Projek pembangunan kilang tersebut telah dimaterai menerusi Mememorandum Persefahaman (MoU) bersama KKIP Sdn Bhd pada 23 Mac 2020 dan pembinaannya bermula pada 28 Julai 2021.

{Play} Klik untuk dengar artikel ini

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps