28 November 2023 (Selasa) - Kota Kinabalu : Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah sempena Lawatan Rasmi ke Negeri Sabah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama isteri YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YDH Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah di Balai Seri Kinabalu, Kota Kinabalu International Airport (KKIA), Terminal 1.
Kunjungan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan ke Sabah bermula pada hari ini untuk menghadiri Majlis Resepsi YB Brig. Jen. Datuk Haji Al-Hambra Tun Juhar dan YBhg. Datin Scarlett Suhaili Sambinding yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

YB Dato’ Sri Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah sebagai Menteri Pengiring turut hadir bersama dalam sambutan ketibaan ini.