Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Makan Malam sempena Ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka

28 November 2023 (Selasa) - Kota Kinabalu : Ketibaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam ke negeri ini telah diraikan dalam Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Sri Gaya, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah pada malam tadi.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman.

Majlis Makan Malam ini telah dihoskan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang hadir bersama isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YB Dato’ Sri Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah sebagai Menteri Pengiring turut hadir bersama.

TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan tiba ke Sabah petang tadi untuk sesi lawatan rasmi bagi menghadiri Majlis Resepsi YB Brig. Jen. Datuk Haji Al-Hambra Tun Juhar dan YBhg. Datin Scarlett Suhaili Sambinding yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps