02 Januari 2024 (Selasa) - Kota Kinabalu: Datuk Seri Dr Sabin Samitah telah menerima surat lantikan sebagai Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang baharu daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, hari ini.
Beliau yang berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, akan menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Mayor DBKK ketujuh sejak Kota Kinabalu menjadi Dewan Bandaraya pada 23 tahun lalu.
Beliau yang berasal dari Ranau, Dr Sabin, 63, akan menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip sebagai Mayor DBKK ketujuh sejak Kota Kinabalu menjadi Dewan Bandaraya pada 23 tahun lalu.
Sebelum ini, Dr Sabin adalah merupakan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Hadir sama dalam majlis penyerahan surat lantikan itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.