Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Sabah Bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu, pada 18 Disember (Sabtu), jam 11:15 pagi.

Kedatangan rombongan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang disambut oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tuan Andi Muhammad Suryadi bin Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang kemudian menandatangani Buku Pelawat dan menuju masuk ke dalam Dewan Bankuasi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu Negeri Pulau Pinang "Untuk Negeri Kita", dan Lagu Sabah Maju Jaya.

Seterusnya, YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan Taklimat Pembangunan Negeri Sabah diikuti dengan sesi penyampaian berbalas cenderakenangan antara Kerajaan Negeri yang diwakili oleh YB Timbalan Ketua Menteri II kepada Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Kemudian, YB Dato' Law Choo Kiang, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pula menyampaikan cenderakenangan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama rombongan beredar daripada dewan

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps