Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kembara Alumni UTM Kinabalu, Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2024

8 September 2024 (Ahad) - Kota Kinabalu: Kembara Alumni UTM Kinabalu 2024, cetusan idea Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN), Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, berlangsung dengan jayanya dari 6 hingga 8 September, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun 2024.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan UTM dengan alumni di Sabah, malah memperkasakan peranan alumni yang terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang. Hasil kerjasama erat antara UTM, Persatuan Alumni Sabah, dan Kerajaan Negeri Sabah, program ini mendapat sokongan lebih daripada 100 alumni.

Acara dimulakan dengan Majlis Ramah Mesra Alumni UTM Sabah di Promenade Kota Kinabalu, di mana Tabung Endowmen Alumni Sabah turut dilancarkan; menyaksikan sumbangan RM20,000.00 untuk membantu pelajar UTM dari Sabah.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan (CSR) turut dijalankan, di SMK Tamparuli dan Pusat Tahfiz Kundasang, manakala konvoi Kembara UTM Kinabalu menerusi 15 buah kenderaan 'bernombor pendaftaran UTM', membawa peserta menuju ke Kundasang.

Kemuncak program ini adalah acara perasmian pelepasan (flag-off) melibatkan 15 orang alumni yang melakukan pendakian Gunung Kinabalu.

Penyertaan ini membawa semangat perpaduan, patriotisme dan UTM Sanjungan Bangsa, disempurnakan oleh Yang Berhormat SKN.

Turut hadir Dato' Ir. Hj. Mohamad Khairi bin Ambran, Presiden Persatuan Alumni UTM, Datuk Ir. Mohammed Noor bin Abu Hassan, Timbalan Presiden merangkap Ahli Lembaga Pengarah UTM, dan Datuk Ar. Hj. Shahriman bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Alumni UTM cawangan Sabah.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps