03 September 2024 (Selasa) - Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong menerima kunjungan perpisahan Panglima 5 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman.
Dalam kunjungan tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman bertukar cenderahati sebagai tanda terima kasih dan ingatan atas kerjasama kukuh yang telah dijalinkan selama ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan serah tugas kepada Panglima 5 Divisyen yang baharu yang akan berlangsung pada 11 September nanti, di mana Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin akan mengambil alih tugas sebagai Panglima 5 Divisyen yang baharu.
Beliau akan bertukar ke Bahagian Operasi Latihan dan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertempat di Kuala Lumpur dan berharap agar segala yang diusahakan oleh Panglima Divisyen dan kerjasama termasuk kerjasama erat dengan kerajaan negeri dapat diteruskan untuk menentukan keselamatan negeri Sabah.
Beliau juga percaya Panglima yang baharu akan meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam menentukan keselamatan negeri Sabah.