Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sambutan Hari Sabah Meriah, Perarakan Kereta Berhias Serikan Malam Sambutan

31 Ogos 2024 (Sabtu) - Kota Kinabalu: Perarakan kereta berhias daripada 16 agensi menjadi tumpuan dan memeriahkan Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka.

Memenangi acara tersebut ialah Kementerian Kewangan Sabah dengan kerjasama Sabah Credit Corporation, Qhazanah Sabah Berhad, dan Progressive Insurance Berhad yang berjayamembawa pulang hadiah wang tunai beserta sijil. Mengetengahkan keindahan negeri, bahagian atas dibina replika Gunung Kinabalu melambangkan kebanggaan dan keteguhan rakyat, sementara Menara Kinabalu mencerminkan kemajuan dan arus pemodenan negeri. Kombinasi flora dan bangunan ikonik itu menggambarkan perpaduan antara alam semula jadi dan usaha pemodenan yang sedang berkembang pesat di Sabah manakala sentuhan seni di bahagian bawah pula mempersembahkan keunikan dan variasi terumbu karang.

Tempat kedua pula dimenangi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) dengan kolaborasi bersama Lembaga Pelancongan Sabah yang membawa penonton menyelusuri keajaiban semula jadi dan warisan budaya di negeri ini.

Selain simbol ikonik Gunung Kinabalu, hidupan marin, motif tradisional dan seni kraf, kereta berhias tersebut turut dihiasi tanaman padi simbol kesuburan tanah Sabah sekaligus memperlihatkan kebergantungan masyarakat kepada alam semula jadi untuk kelangsungan hidup.

Di samping itu, maskot orang utan, monyet bangkatan dan maskot beruang matahari yang comel menambah elemen ceria menunjukkan simbol usaha pemuliharaan yang dijalankan di Sabah bagi mengingatkan tanggungjawab untuk memelihara khazanah alam ini.

Manakala tempat ketiga dimenangi kereta berhias Majlis Daerah Lahad Datu dengan simbolik Burung Walit sebagai konsep utama melambangkan salah satu tunjang ekonomi tradisi pengusahaan penuaian sarang burung walit di Gua Madai.

Karya seni tersebut juga memaparkan pertunjukan elemen Kampung Tambisan, panorama Taman Hidupan Tabin, menara kayangan, Blue Ring Reef dan warisan adat daripada antara daerah terbesar di Pantai Timur Sabah ini.

Perarakan kereta berhias bermula jam 10.30 malam diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag serta semua barisan kabinet Negeri Sabah.



BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps