Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Menerima Kunjungan Hormat daripada Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang Baharu

Kota Kinabalu, 04 Oktober 2024 (Jumaat) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah yang baharu, Dato' Seri Hj Rosli bin Isa, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Menara Kinabalu.

Kunjungan ini adalah pertemuan rasmi pertama selepas pelantikan Dato' Seri Hj Rosli sebagai Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah. Kedua-dua pemimpin membincangkan cara memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam usaha melaksanakan dasar-dasar pembangunan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam di Sabah.

YB Datuk Safar Untong mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Hj Rosli dan menekankan pentingnya sinergi antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelancaran projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Pertemuan ini diakhiri dengan bertukar cenderakenangan dan sei bergambar sebagai tanda jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps