Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Terima Kunjungan Hormat Persatuan Alumni UiTM Sabah

Kota Kinabalu, 4 Oktober 2024 (Jumaat) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Hj Sazali Md Salleh, Naib Yang Dipertua Persatuan Alumni UiTM Sabah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan alumni UiTM serta membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan dan pembangunan modal insan di Sabah.

Dalam pertemuan itu, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar menekankan kepentingan kerjasama strategik antara alumni universiti dengan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Sabah dan menyambut baik cadangan-cadangan yang dibawa oleh Persatuan Alumni UiTM mengenai penglibatan mereka dalam program pembangunan negeri, termasuk inisiatif-inisiatif yang menyokong pembangunan sosial dan ekonomi.

Kunjungan hormat ini dilihat mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan negeri dan institusi pengajian tinggi, dengan alumni UiTM dilihat sebagai rakan kongsi strategik dalam mencapai matlamat pembangunan Sabah yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Delegasi Persatuan Alumni UiTM Sabah turut disertai oleh Dr. Viduriati Sumin, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (BPJIM&A) dan Encik Irving Toysim.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan.








BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps