Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 5 Oktober 2024 (Sabtu) – Kira-kira 10,000 orang termasuk peserta perbarisan hadir memeriahkan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Mahiruddin, yang berlangsung di Padang Merdeka pagi tadi.

Upacara yang bermula seawal jam 7 pagi itu menyaksikan penyertaan seramai 2,788 peserta perbarisan dari 82 kontinjen. Kontinjen tersebut terdiri daripada pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), serta pelajar.

Acara dimulakan dengan TYT Tun Juhar menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja, diikuti dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri Sabah Tanah Airku, yang diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 17 das.

Selepas itu, TYT Tun Juhar memeriksa perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian, dengan diiringi oleh Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato Noorrul Azril Ariffin.

Pada majlis tersebut, TYT Tun Juhar dianugerahkan Sayap Kehormat VAT 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada keselamatan negara.

Acara turut diserikan dengan persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan persembahan khas daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang mempamerkan keunikan seni dan budaya negeri.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah isteri TYT, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri, menteri-menteri Kabinet negeri, dan ketua-ketua jabatan dari kerajaan negeri serta Persekutuan.

Sejurus selesai acara perbarisan, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran berlangsung di Istana Negeri pada jam 10 pagi, diikuti dengan Majlis Makan Malam Negeri yang diadakan di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN) malam ini.

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, turut hadir menyaksikan kemegahan sambutan istiadat ini.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps