Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sabah Tahun 2024

Kota Kinabalu, 5 Oktober 2024 (Sabtu) – Pada tahun 2024, sebanyak 1,376 individu telah dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran negeri Sabah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. Penerima-penerima darjah kebesaran ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pemimpin kerajaan, ahli perniagaan, dan individu yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada masyarakat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Abang Johari adalah antara empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Turut menerima SPDK ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan ahli perniagaan, Datuk Kumar Prabakaran.

Sementara itu, enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk dua berjawatan Pembantu Menteri tersenarai antara penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim; Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Tan Lee Fat; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong Chen Bin; ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin; ADUN Kukusan, Rina Jainal dan ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.

Turut menerima PGDK ialah Panglima 5 Briged, Kem Lok Kawi, Brigadier Jeneral Mohd Zamri Abdullah; Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen; Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Leonard Stephen Poyong; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Maria Chong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Josie Lai Mei Sing.

Penerima lain PGDK ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Jikah Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Philemon Lajawai; Pengurus Besar Lembaga Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Rosemary Ahping dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu, Victor Ationg.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Risikan / Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus; Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar Sumber) JPJKK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Saiman Kasran; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim.

Secara keseluruhan seramai 87 individu menerima PGDK, manakala seramai 116 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti 274 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), seramai 320 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 144 orang menerima Sijil Kehormat, manakala 10 orang menerima Jaksa Pendamai.




Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps