Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Penyerahan Kepala Singa Sempena Tahun Baru Cina 2025

Kota Kinabalu, 9 Januari 2025 (Khamis) – Dewan Hakka Likas menjadi lokasi tumpuan sempena Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2025. Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong bersama barisan pemimpin negeri termasuk Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Haji Nizam bin DSP Hj Abu Bakar Titingan, YB Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Datuk Richard Yong We Kong, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah, serta YBhg. Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Penganjur Induk Majlis.

Program tahunan ini merupakan ilham YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, Ketua Menteri Sabah, sejak tahun 2021, bertujuan menghargai sumbangan masyarakat Tiong Hua dalam aspek kebudayaan, pembangunan modal insan, dan pemangkin ekonomi negeri Sabah.

Majlis ini bukan sahaja melambangkan semangat perpaduan, tetapi juga menghargai masyarakat Tiong Hua yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Sabah.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps