Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan Rasmi MPC Wilayah Sabah dan 99 Speed Mart ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 13 Januari 2025 (Isnin) – Kunjungan rasmi dan taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sabah dan 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. di pejabat rasminya.

Dalam sesi tersebut, En. Foo Meng Keet, Pengurus Besar 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. membentangkan perancangan pengembangan kedai 99 Speed Mart di Sabah dan berkongsi cabaran yang dihadapi dan meneroka peluang kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Sabah.

En. Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah, turut memberikan taklimat mengenai inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Program RKB di Sabah akan dikelola oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam menjalin kerjasama dengan sektor swasta dan badan berkaitan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kecekapan pentadbiran, serta menyokong inisiatif pembangunan luar bandar di Sabah.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps