Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kerajaan Negeri Sabah Komited Sokong Pengoperasian AKPS Bermula Februari 2025

Kota Kinabalu, 15 Januari 2025 (Rabu) – Kerajaan Negeri Sabah menzahirkan komitmen penuh dalam menyokong pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), yang dijadualkan bermula pada 1 Februari 2025. Pengoperasian awal ini akan melibatkan 21 pintu masuk utama di Sabah dan Sarawak dalam Fasa 1 pelaksanaan.

Kunjungan hormat ini telah berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah antara Ketua Pengarah AKPS, YDH CP Dato' Sri Hazani Ghazali dengan YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Fokus utama perbincangan adalah memperincikan persediaan untuk memastikan kelancaran operasi AKPS di Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengarah Perancangan Strategik dan Antarabangsa AKPS, YBrs. Tuan Johar Julasbi, dan Pengarah Sumber Manusia AKPS, YBrs. En Saupi Rajali. Wakil Kerajaan Negeri Sabah pula terdiri daripada Peguam Besar Negeri Sabah, YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh, bersama pegawai kanan negeri, En. Mohd Rizan Abran dan En. Mohammad Zaid Yusof daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri.

Dalam kenyataannya, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik penubuhan AKPS sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan keselamatan sempadan dan mengawal pintu masuk negeri. Beliau turut memberi jaminan bahawa Sabah akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran pengoperasian agensi tersebut.

Penubuhan AKPS di Sabah dijangka memperkukuh kawalan sempadan, mempertingkatkan keselamatan, dan memudahkan pengurusan imigresen, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjaga kestabilan dan kedaulatan negeri ini.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps