Kota Kinabalu, 27 Februari 2025 (Khamis) – Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Auditorium Utama, Aras 4, Blok A, Menara Kinabalu. Bertemakan “Revolutionizing Service Delivery with AI: Unlocking Efficiency and Excellence”, majlis ini menekankan kepentingan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong dalam amanatnya, menegaskan bahawa penerapan teknologi AI dalam pentadbiran negeri adalah langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan perkhidmatan awam. Beliau menyeru semua penjawat awam untuk bersedia menghadapi perubahan serta mengadaptasi teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) atau AI bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
“Era digital menuntut kita untuk lebih cekap dan responsif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Penggunaan AI bukan sahaja dapat mempercepatkan proses kerja, tetapi juga memastikan keputusan yang dibuat lebih tepat dan berasaskan data,” ujar beliau.
Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah turut melancarkan Simbol Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuhkan budaya kerja yang berasaskan nilai integriti, akauntabiliti, dan profesionalisme. Simbol ini melambangkan tekad penjawat awam untuk menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspek pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat.
Majlis ini turut diisi dengan sesi Apresiasi kepada semua Setiausaha Tetap Kementerian sebagai penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan mereka dalam memperkukuhkan pentadbiran negeri. Apresiasi ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha dan dedikasi setiap Kementerian dalam memastikan keberkesanan dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah 2025 diakhiri dengan seruan kepada seluruh penjawat awam negeri untuk terus komited dalam menerajui perubahan ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap, inovatif, dan mesra rakyat selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Sabah.