Kota Kinabalu, 9 Jun 2025 – Puan Siti Nur’Ain Abdullah hari ini secara rasmi menerima surat penempatan sebagai Pengarah baharu Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan.
Majlis penyerahan surat penempatan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong dalam satu acara ringkas yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu.
Turut hadir dalam majlis penyerahan surat penempatan tersebut, Yang Berbahagia Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Yang Berbahagia Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah.
1
/3
Majlis Penyerahan Surat Penempatan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Baharu
2
/3
Majlis Penyerahan Surat Penempatan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Baharu