Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1447H/2025M Peringkat Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 27 Jun 2025 (Jumaat) – Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1447H/2025M Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan penuh makna di Sabah International Convention Centre (SICC).  

Majlis bersempena tahun baru Islam itu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Sambutan tahun ini mengangkat tema “Membangun Ummah Madani” yang menekankan kepada pembinaan masyarakat Islam yang sejahtera, berilmu, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ceramah khas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Mohammad Kazim Elias. Turut diadakan ialah persembahan nasyid dan penyampaian anugerah kepada individu serta institusi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Kemuncak majlis menyaksikan penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Sabah bagi tahun 1447H/2025M. Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi, telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah lelaki. Manakala bagi kategori wanita, anugerah diberikan kepada Datin Seri Norsuadah Basah atas sumbangan beliau dalam pembangunan sosial dan dakwah. Majlis turut menghargai pengurusan surau serta taman perkuburan cemerlang sebagai inisiatif memperkasakan institusi Islam di peringkat komuniti.

Lebih 5,000 orang hadir memeriahkan sambutan ini, mencerminkan semangat hijrah yang terus hidup dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah. Majlis ini turut memperkukuh komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pembangunan ummah yang progresif dan berdaya tahan.






BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps