Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baharu Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M

Kota Kinabalu, 26 Jun 2025 (Khamis) - Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baharu Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah pada Khamis.

Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6.00 petang disambut oleh Hajiji dan barisan kepimpinan negeri, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1446H, disusuli Doa Awal Tahun 1447H, sebelum jemaah menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Para jemaah kemudiannya diberikan Tazkirah Khas yang menyentuh pengajaran penting daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Program diteruskan dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah sebelum para tetamu dijamu dalam satu jamuan ringkas.



BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps