Kota Kinabalu, 26 Jun 2025 (Khamis) - Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pagi ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr. Maria Suleiman.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan agenda utama, iaitu penganjuran Program Jalinan Madani Bersama Pengamal Perubatan Tradisional Anak Negeri Sabah, satu inisiatif kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri untuk memperkasa perubatan tradisional tempatan.
Dalam sesi pertemuan bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Dr. Maria menekankan kepentingan mengiktiraf dan menyokong usaha pengamal perubatan tradisional yang telah lama berjasa di komuniti setempat, serta membincangkan kerangka program bagi memupuk penyelarasan antara sistem perubatan konvensional dan tradisional di Sabah
Kunjungan YBhg. Datuk Dr. Maria Suleiman ini juga merupakan kunjungan hormat perpisahan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan bersara pada hari ini, setelah 34 tahun 11 bulan berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlijah Danin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Puan Chee Shok Ting dan Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan dan Kewangan Jabatan Ketua Menteri, YBhg. Tuan Haji Mohd. Fauzee bin Norbeh.
Kunjungan hormat ini menandakan komitmen kuat antara agensi kesihatan pusat dan negeri dalam membangunkan sebuah pendekatan holistik yang menghormati warisan perubatan tradisional Sabah serta seiring dengan rangka kerja kesihatan moden. Dengan sokongan bersama, program ini dijangka memberi manfaat besar kepada pengamal perubatan tradisional dan masyarakat setempat dalam memperkasa kesihatan rakyat berbentuk holistik.

2
/3