Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

RM70 Juta Bantuan Untuk Sekolah Mubaligh Dan Swasta, Kuil Serta Badan Keagamaan Bukan Islam

Kota Kinabalu, 22 September 2025 (Isnin) - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM70 juta dalam bentuk bantuan kewangan kepada sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan keagamaan bukan Islam.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, bantuan berkenaan akan ditingkatkan kepada RM90 juta tahun depan.

Hajiji turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC). Pemegang sijil tersebut layak memohon biasiswa negeri serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja mengiktirafnya, malah mengambil tindakan. Tadi saya telah membisikkan kepada Menteri Kewangan bahawa kita juga akan mempertimbangkan permohonan daripada pemegang sijil ini untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Malam Ramah Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina serta badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka malam Isnin.

Tambahnya, sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita merancang dan bekerja keras menangani sebarang isu, sambil terus mengambil berat serta memastikan semua komuniti, tanpa mengira warna kulit atau pegangan agama, mendapat perlindungan yang adil dan saksama.

“Itulah sebabnya saya sentiasa menyokong dan membantu mana-mana institusi, NGO atau persatuan yang memerlukan bantuan, walaupun ia bergantung juga kepada kemampuan kerajaan dan ketersediaan dana.

“Semangat perpaduan dan kebersamaan inilah yang menjadi prinsip panduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Negeri sejak membentuk kerajaan lima tahun lalu
Selain daripada peruntukan RM70 juta itu, Hajiji berkata beliau juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan melalui Peruntukan Khas Ketua Menteri, termasuk bantuan kepada sekolah Cina dan persatuan kebudayaan Cina di Sabah, seperti untuk Pesta Tahun Baru Cina, pembelian kepala singa, Pesta Bot Naga, serta bantuan kepada gereja dan lain-lain.
“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menyokong aktiviti sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah,” katanya.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps