Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Di Antara Sawit Palm Oil Cluster Sdn Bhd Dan Jetama Sdn Bhd

Kota Kinabalu, 22 September 2025 (Isnin) - Sawit Palm Oil Industrial Cluster Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman dengan Jetama Sdn Bhd di sini hari ini.

Perjanjian bagi pembangunan loji penyahgaraman air berkapasitu dua juta liter sehari di Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Majlis di Pejabat Kumpulan Sawit Kinabalu, Menara Kinabalu itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu, Datuk Rubin Balang.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, dan Pengerusi Jetama Sdn. Bhd., Datuk Yusof Mannan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Datuk Ahmad Naim Uddang, serta Timbalan CEO Kumpulan Sawit Kinabalu, Datin Stella Ambrose, bertindak sebagai saksi syarikat.

SK SIP yang berkeluasan 1,010 ekar dibangunkan sebagai taman perindustrian lengkap dengan kemudahan asas bagi mempelbagaikan ekonomi negeri.

Bagi memenuhi keperluan bekalan air stabil, loji nyahgaram menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO) akan dibangunkan bagi memproses air laut kepada air terawat gred industri.
Dalam kenyataan bersama, Victor berkata projek itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi negeri ini.

“Usahasama ini mencerminkan komitmen berterusan dua GLC dalam menyokong agenda pembangunan negeri serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Sabah,” katanya.


BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps