Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Tujuh Pasukan Sertai Kejohanan Pesta Sukan Muhibbah Jabatan Ketua Menteri Ke-14

Kota Kinabalu, 21 September 2025 (Ahad) - Sebanyak tujuh pasukan utama mewakili pelbagai jabatan dan agensi dibawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) menyertai Kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM kali ke-14 Tahun 2025.

Antara yang menyertai JKM; Jabatan Ketua Menteri (Perdana), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah dan Ukur (JTU); Jabatan Perhutanan; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Kejohanan yang berlangsung selama lapan hari bermula 20 September itu menyaksikan 15 acara sukan teras dan lima acara baharu akan dipertandingkan.

Majlis perasmian pembukaan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong.

Terdahulu ketika berucap, Safar berkata, kejohanan itu merupakan wadah penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta  rasa  kekitaan  dalam  kalangan  warga  penjawat  awa negeri Sabah.

Katanya,  ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, tetapi juga melahirkan warga kerja yang lebih produktif, berdedikasi serta berpandangan positif.

“Ini jelas mencerminkan keterbukaan kita dalam meraikan kepelbagaian minat dalam bersukan dan menggalakkan penglibatan lebih ramai warga penjawat awam negeri Sabah.

 “Sesungguhnya, kemenangan bukanlah ukuran tunggal. Sebaliknya nilai persahabatan, semangat kesukanan dan muhibbah yang terjalin sesama kita adalah merupakan pencapaian yang diutamakan.

“Saya yakin acara ini akan terus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan demi kesejahteraan negeri Sabah yang tercinta,” katanya.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps