Kota Kinabalu, 17 September 2025 (Rabu) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada 7.40 malam ini bagi meninjau situasi bencana yang melanda Sabah.
Beliau kemudian diberikan taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah di Bilik Taklimat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dijadual meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Putatan malam ini, iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas, sebelum ke PPS Keramat.