Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sabah Siap Hadapi Monsun Timur Laut: JPBN Rangka Strategi Kesiapsiagaan 2025/2026

Kota Kinabalu, 03 Oktober 2025 (Jumaat) - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah hari ini mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2025 bagi membincangkan langkah kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, JP, di sini hari ini turut menekankan pentingnya perancangan awal dan koordinasi menyeluruh antara agensi berkaitan dalam mengurangkan impak bencana kepada rakyat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat JPBN Sabah, antara fokus utama mesyuarat termasuklah pelaksanaan pelan tindakan kecemasan, kesiapsiagaan logistik, penyelarasan pusat pemindahan sementara (PPS), serta hebahan awal kepada penduduk di kawasan berisiko.

“Kerajaan negeri melalui JPBN komited memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara melalui persediaan rapi sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana,” menurut kenyataan itu.

MTL merupakan fenomena cuaca tahunan yang lazimnya membawa hujan lebat berterusan, dan boleh menyebabkan banjir serta kejadian tanah runtuh khususnya di kawasan berisiko tinggi.




 
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps