Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Integriti Teras Perkhidmatan Awam: Program Varsha Integriti 2025 Raih Perhatian Penjawat Awam Sabah

Kota Kinabalu, 09 Oktober 2025 (Khamis) – Semangat integriti dan kecekapan tadbir urus terus disemarakkan di Sabah menerusi Program Kesedaran Integriti Sempena Varsha Integriti 2025 yang berlangsung penuh bermakna di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu, hari ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, yang menyampaikan amanat tegas berhubung pentingnya penjawat awam menjadikan integriti sebagai tunjang utama dalam menjalankan tugas.

Majlis penuh berinformasi ini menampilkan dua sesi perkongsian menarik, masing-masing bertajuk “Tumbuk Rusuk: Systemic Corruption” dan “Tumbuk Rusuk: Kesan dan Akibat”, yang disampaikan dengan penuh semangat oleh Encik Firdaus bin Ramlan dari CJ Global Venture. Perkongsian ini mengupas isu rasuah secara mendalam – bukan sekadar gejala, tetapi ancaman sistemik yang menggugat keutuhan perkhidmatan awam.

Lebih bermakna, majlis turut diserikan dengan Lafaz Ikrar Rukun Negara serta Lafaz Ikrar Polisi Integriti dan Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, sebagai simbol komitmen penjawat awam untuk terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, akauntabiliti dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar menekankan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi “perisai utama” dalam menangkis segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa. Menurut beliau, kefahaman mendalam terhadap nilai-nilai integriti perlu sentiasa disemai dalam sanubari setiap penjawat awam agar perkhidmatan yang diberi kekal telus, cekap dan berkesan.

Program ini jelas mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri Sabah dalam melahirkan barisan penjawat awam yang beretika tinggi serta bebas daripada gejala rasuah – demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri yang mampan.





BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps