Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Belanjawan 2026: Sabah Komited Terus Seiring Aspirasi Ekonomi MADANI

Kota Kinabalu, 10 Oktober 2025 (Jumaat) - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan secara langsung pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disiarkan dari Parlimen Malaysia ke Menara Kinabalu, sejak pukul 4.00 petang tadi.

Turut hadir bersama Ketua Menteri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, yang turut mengikuti dengan penuh perhatian intipati belanjawan negara bagi tahun hadapan itu.

Pembentangan Belanjawan 2026 kali ini turut menandakan kesinambungan agenda pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), dengan tumpuan kepada sembilan Tekad Utama yang berpaksikan kepada tiga tonggak Ekonomi MADANI, iaitu memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat.

Belanjawan 2026 dijangka memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh struktur ekonomi, merapatkan jurang pembangunan wilayah, serta memperkasakan daya tahan rakyat melalui dasar fiskal yang inklusif dan progresif.

Di Menara Kinabalu, suasana pembentangan disambut dengan penuh tumpuan oleh barisan kepimpinan negeri, yang menilai setiap langkah strategik kerajaan Persekutuan dalam memastikan Sabah terus menjadi antara penerima manfaat utama dalam pembangunan ekonomi negara.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps