Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan Hormat Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 22 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Noor Hisham Affizam, Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia, bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara MAKSAK Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya dalam memperkukuh pembangunan sukan, kebajikan serta penglibatan aktif penjawat awam melalui program-program berimpak tinggi di peringkat negeri dan persekutuan.

Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan hala tuju MAKSAK, peranan dan penyelarasan aktiviti sukan penjawat awam, selain peluang kerjasama dalam penganjuran program kesukanan dan kebajikan yang bersifat inklusif serta mampan.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut serta menyatakan sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap inisiatif MAKSAK Malaysia yang selari dengan aspirasi memperkasa kesejahteraan fizikal, mental dan sosial warga perkhidmatan awam.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbol hubungan baik dan komitmen berterusan antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh agenda kebajikan dan kesukanan penjawat awam.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps