Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Laksamana Muda Datuk Yusne bin Mokhtar, Panglima Wilayah Laut 2, bagi memperkukuh kerjasama keselamatan maritim dan hubungan strategik Kerajaan Negeri Sabah bersama TLDM

Kunjungan Hormat Panglima Wilayah Laut 2 kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Kota Kinabalu, 22 Januari 2026 – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg Laksamana Muda Datuk Yusne bin Mokhtar, Panglima Wilayah Laut 2, bertempat di pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), khususnya dalam aspek keselamatan maritim, pertukaran maklumat serta koordinasi operasi di perairan negeri Sabah.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai situasi keselamatan semasa di perairan Sabah serta peranan berterusan TLDM dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan perairan negara sentiasa terpelihara.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, YBhg Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, JP, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi keselamatan dan Kerajaan Negeri.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh hubungan erat dengan TLDM demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat Sabah.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps