Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Tinjau Isu Bekalan Air di Daerah Papar

Papar, 20 Januari 2026 – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong telah mengadakan Lawatan Kerja ke Daerah Papar bagi meninjau secara langsung isu berkaitan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk setempat.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar situasi di lapangan serta mengenal pasti langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan bekalan air yang lebih stabil dan berterusan kepada pengguna.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Datuk Seri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, serta YBrs. Encik Muhammad bin Hj. Mohd. Ali, Pegawai Daerah Papar, bersama pegawai-pegawai teknikal berkaitan.

Sepanjang lawatan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri telah diberi taklimat mengenai punca gangguan bekalan air, status infrastruktur sedia ada serta perancangan penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Beliau turut menegaskan keperluan kerjasama erat antara jabatan teknikal, pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Kerajaan Negeri Sabah komited untuk terus memantau perkembangan dan mempercepat pelaksanaan langkah penyelesaian demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Daerah Papar.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps