Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sesi Libat Urus Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 Perkukuh Pelaksanaan Inisiatif Strategik Kementerian

Kota Kinabalu, 19 Januari 2026 –  YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hari ini telah menerima pembentangan Inisiatif Utama Hala Tuju Kementerian sempena Sesi Libat Urus Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang berlangsung di Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Menara Kinabalu.

Sesi libat urus ini bertujuan memperkukuh penyelarasan perancangan dan pelaksanaan inisiatif strategik kementerian agar selari dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang menekankan pembangunan inklusif, kemampanan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta kecekapan tadbir urus Kerajaan Negeri.

Dalam sesi pembentangan tersebut, kementerian-kementerian terlibat telah mengemukakan inisiatif utama masing-masing yang dirangka bagi menyokong keutamaan strategik SMJ 2.0, merangkumi sektor ekonomi, sosial, infrastruktur, pembangunan modal insan serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam.

Sesi ini turut dihadiri oleh Datuk Brenndon Keith Soh, Peguam Besar Negeri Sabah; Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Datuk Jasmine Teo, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah; semua Setiausaha Tetap Kementerian; YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya; serta Datuk Ramlee bin Kariah, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0, yang juga dikenali sebagai Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2026–2030, dijadualkan dilancarkan pada 30 Januari 2026 oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah. Pelan pembangunan ini akan merangkumi hala tuju pembangunan negeri yang lebih tersusun, inklusif dan mampan, sebagai asas kepada perancangan strategik Kerajaan Negeri demi masa depan Sabah serta kesejahteraan rakyatnya.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menegaskan kepentingan koordinasi bersepadu antara kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan, berfokuskan hasil (outcome-based) serta memberi impak langsung kepada rakyat negeri Sabah.

Sesi libat urus ini juga menjadi platform perbincangan strategik bagi memperhalusi pelaksanaan, mengenal pasti cabaran serta memastikan pemantauan berterusan terhadap kemajuan inisiatif di bawah kerangka Sabah Maju Jaya 2.0.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps