Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu Perkukuh Hubungan Sabah–Indonesia

Kota Kinabalu, 27 Januari 2026 – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, hari ini menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi, bertempat di Bilik Kunjungan Hormat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Bapak Noorman Effendi telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu pada 9 September 2025 dan kini memimpin wilayah kerja Sabah dan Labuan, Malaysia.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Sabah dan Republik Indonesia, khususnya dalam aspek kerjasama pentadbiran, ekonomi, sosial serta kebajikan rakyat kedua-dua pihak.

Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong merakamkan penghargaan atas komitmen Konsulat Jeneral Republik Indonesia dalam menjaga kebajikan warganegara Indonesia di Sabah, manakala Bapak Noorman Effendi menyatakan kesediaan untuk terus memperkukuh kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama pada masa hadapan.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps