Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

AADK Negeri Sabah Perkukuh Sinergi Pencegahan Dadah Melalui Kunjungan Hormat Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri

Kota Kinabalu, 13 Januari 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat negeri dan daerah.

Kunjungan ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Sinergi Pencegahan Dadah yang akan diadakan dalam masa terdekat, melibatkan semua Pegawai Daerah sebagai pemimpin utama dalam memastikan kawasan jajahan masing-masing bebas daripada masalah dadah. Jawatankuasa ini berperanan menyelaras strategi pencegahan, menghubungkan dasar nasional dengan pelaksanaan di peringkat akar umbi serta memperkukuh kerjasama pelbagai agensi dan komuniti.

AADK Negeri Sabah turut melaporkan kejayaan 100 peratus kawasan di bawah Program Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) mencapai status HIJAU, melibatkan 155 kawasan di seluruh negeri, sekali gus membuktikan keberkesanan sinergi antara kerajaan dan komuniti setempat.

Dalam aspek pencegahan di tempat kerja, AADK telah memperoleh Pengiktirafan Penyedia Program (EPP) daripada NIOSH bagi Program 7 Langkah Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD), yang memperkukuh kredibiliti dan kualiti pelaksanaan program berkenaan.

Selain itu, AADK akan melaksanakan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (Dua Roda) melibatkan lapan daerah, yang akan dirasmikan pada 29 Januari 2026 oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, serta meneruskan Program Kampung Angkat Bebas Dadah (KABD) bagi memperkasakan komuniti dalam usaha pencegahan dan pemulihan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dan AADK dalam memperkukuh sinergi serta kepimpinan ke arah mewujudkan komuniti yang bebas, selamat dan sejahtera daripada ancaman dadah, selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps