Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kerajaan Negeri salur Peruntukan Khas RM2.4 Juta untuk mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang

KUDAT: Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM2.4 juta kepada semua pemilik 120 buah rumah yang telah musnah akibat bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, setiap rumah yang musnah akan menerima RM20,000.00 dalam bentuk bahan binaan untuk membina semula rumah mereka.

“Saya berharap agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua mangsa kebakaran”.

“Bantuan yang disalurkan ini menunjukkan rasa prihatin dan kebersamaan Kerajaan Negeri dengan rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, mangsa kebakaran dibenarkan membina semula rumah mereka ditapak sedia ada dengan dikawal selia oleh Lembaga Bandaran Kudat, agar ianya teratur dan berjarak.

Mewakili Kerajaan Negeri, beliau merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa bencana kebakaran dan berharap agar semua mangsa yang terlibat terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan turut membantu rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan di semua kawasan di negeri ini, tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Terdahulu Hajiji menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM500 kepada seramai 176 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran kampung tersebut yang ditempatkan di Dewan Tun Mustapha.

Mangsa kebakaran juga menerima set dapur gas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato’ Sri Dr.Ruddy Awah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar, ADUN Pintasan, Encik Fairuz Renddan dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Haji Awang Shahminan Datuk Sahari.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps