Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Sabah Perkukuh Kerjasama Strategik

Kota Kinabalu, 2 Februari 2026 – Tuan Syarifuddin Bin Palawa, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Sabah, telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Pejabat CGSO dan Kerajaan Negeri dalam aspek keselamatan pentadbiran, perlindungan maklumat serta pengurusan risiko keselamatan.

Beliau turut diiringi Encik Felix Cheong Sung Leong dan Encik Mohd Redzuan bin Haji Ruzali, masing-masing Timbalan Pengarah CGSO Sabah, serta Puan Haira binti Mus, Penolong Pegawai Keselamatan CGSO Sabah.

Pertemuan bersama Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Sabah (JSPN) itu membincangkan usaha mempertingkat kawalan keselamatan premis kerajaan, kesiapsiagaan ancaman serta pengurusan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di Sabah.

Kunjungan ini menjadi platform memperkukuh penyelarasan, perkongsian pandangan dan sinergi antara kedua-dua pihak demi memastikan keselamatan dan kelangsungan operasi pentadbiran negeri sentiasa terpelihara.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps