Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Ketua Menteri Ambil Alih Jawatan Pengerusi TAED

Kota Kinabalu, 3 Februari 2026 – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambil alih jawatan Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) berkuat kuasa hari ini.

Penyerahan tugas tersebut dilakukan oleh bekas pengerusi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Menara Kinabalu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Turut hadir Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew; serta Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Philemon Lajawai.

Pengambilalihan jawatan tersebut menandakan kesinambungan kepimpinan dalam usaha meneruskan pembangunan projek Tanjung Aru Eco Development yang merupakan antara inisiatif penting pembangunan negeri.
 
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps