Kota Kinabalu, 4 Februari 2026 – Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri di Bilik Kunjungan Hormat, Menara Kinabalu.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah, khususnya dalam aspek keselamatan serta kepentingan strategik negeri.
Pertemuan itu turut menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak.
1
/2
Panglima Medan Timur Tentera Darat Adakan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri di Bilik Kunjungan Hormat, Menara Kinabalu.





Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah




