Kota Kinabalu, 13 Februari 2026 – Peranan wanita dalam perkhidmatan awam terus diperkukuh apabila Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PUSPANITA Cawangan Sabah Tahun 2026 berlangsung di Sipadan 1, Aras 4, Sabah International Convention Centre (SICC), di sini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah ketua-ketua jabatan negeri, pegawai-pegawai daerah, penolong-penolong pegawai daerah serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Sabah dari seluruh negeri.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pengerusi-pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah yang telah bersara sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen mereka dalam memperkukuh peranan serta gerak kerja PUSPANITA di peringkat daerah.
Sejurus selepas majlis perasmian, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PUSPANITA Cawangan Sabah bersidang dengan pembentangan laporan aktiviti serta laporan kewangan bagi tahun 2025.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menilai pencapaian program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu, selain membincangkan perancangan strategik bagi memperkasakan lagi peranan PUSPANITA dalam menyokong pembangunan wanita serta kebajikan keluarga penjawat awam di negeri Sabah.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah




