Kota Kinabalu, 13 Februari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua kenderaan pacuan empat roda sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkukuh keupayaan operasi keselamatan di negeri ini.
Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; serta Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sumbangan kenderaan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kecekapan operasi PDRM khususnya dalam aspek pemantauan, risikan dan penguatkuasaan.
Menurut beliau, kenderaan pacuan empat roda itu amat signifikan terutamanya untuk kegunaan operasi di kawasan yang sukar diakses, selain membantu memperkukuh keupayaan pasukan keselamatan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah di Sabah.
Mohd Khalid berkata sumbangan dua unit kenderaan itu bukan sekadar sebuah pemberian, malah mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Negeri terhadap keselamatan Sabah selain kepercayaan tinggi terhadap keupayaan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan.
Beliau berkata kedudukan geografi Sabah yang strategik dan unik, bersempadan dengan Indonesia dan Filipina, menjadikan negeri ini terdedah kepada pelbagai ancaman termasuk penyeludupan dadah secara besar-besaran, pergerakan sindiket rentas negara yang licik serta kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal.
Sehubungan itu, katanya, sumbangan tersebut juga selari dengan penubuhan Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Sabah di Sandakan pada tahun 2019 melalui kerjasama strategik antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.
Mohd Khalid berkata kerjasama berkenaan termasuk sumbangan bangunan oleh DEA yang dianggarkan bernilai AS$750,000 (kira-kira RM3 juta), sekali gus mencerminkan pengiktirafan serta keyakinan komuniti antarabangsa terhadap profesionalisme dan keupayaan PDRM dalam membanteras jenayah narkotik.
Menurutnya, SNN Sabah memainkan peranan kritikal dalam menyelaras risikan serta operasi bersama rakan penguatkuasaan antarabangsa seperti Polis Republik Indonesia (POLRI), Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia, Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) serta agensi berkaitan dari Brunei.
“Melalui kerjasama erat ini, PDRM menunjukkan komitmen padu dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan Sabah terus terpelihara daripada ancaman dadah yang berpotensi menghancurkan generasi akan datang,” katanya.
1
/2
Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Keselamatan Sabah Melalui Sumbangan Kenderaan Operasi PDRM
Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; serta Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.
2

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah