Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Penyerahan dividen LIGS dan bantuan banjir SESB

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebanyak RM1,317,336.00 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Encik Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Encik Edward Linggu.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Haji Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Bin Awang Sahari.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps