Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Istiadat dimulakan Kebarangkatan tiba Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang disambut oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YB Datuk Haji Kadzim Haji M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah di Dataran DUN Sabah.

Seterusnya Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar menerima tabik hormat dan memeriksa Barisan Kehormatan dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum berjalan masuk ke Dewan Persidangan.

Di Dewan Persidangan, TYT Tun Juhar telah menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang memberi fokus kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk membangunkan semula sektor pelancongan, komited dalam meneruskan agenda prihatin rakyat selaras dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat selain memperhebatkan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan bagi mengurangkan insiden kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar.

Turut hadir pada istiadat itu YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps