Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis penghargaan sempena ulangtahun kedua penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Majlis Penghargaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah telah diadakan di The Magellan, Sutera Harbor Resort pada 18 Mac 2022 iaitu genap dua tahun penubuhan jawatankuasa tersebut.

Majlis ini diadakan sebaik sahaja mesyuarat harian dilaksanakan dan telah disempurnakan sendiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan dihadiri oleh semua tetamu jemputan yang telah menghadiri mesyuarat harian.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah bersara dan telah menyumbang bakti dalam jawatankuasa tersebut iaitu YBhg. Datuk Hajah Masnah Matsalleh, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Hajah Mariam Omar, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Haji Kaim, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan,  YBhg. Datuk Madiyem Layapan, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan YBhg. Datuk Patrick Tan, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).

Acara telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya tayangan montaj khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri dan seterusnya disempurnakan dengan ucapan penghargaan daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.

Beliau menyatakan hasrat dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada semua pihak yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut yang telah bermula sejak dua tahun yang lalu iaitu pada 18 Mac 2020, iaitu jawatankuasa terawal yang telah ditubuhkan di peringkat negeri untuk menangani COVID-19.

Beliau berkata, kerjasama dan tindakan bersepadu telah dilaksanakan bersama diantara pihak kerajaan negeri dan persekutuan dalam menyelaras tindakan pencegahan pandemik COVID-19 daripada terus meningkat dan seterusnya menangani pelbagai cabaran yang melibatkan agensi-agensi keselamatan seperti Kesihatan, PDRM, Bomba dan semua agensi yang berkaitan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kerajaan negeri kepada semua agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah dan kepada pegawai-pegawai serta mantan pegawai kanan kerajaan yang telah terlibat sejak dua tahun yang lepas.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps