KAJANG - Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP telah dianugerahkan Pingat Johan Bakti Setia oleh YB Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri sempena Sambutan Hari Penjara ke-232 Tahun 2022 di Maktab Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor pada hari ini.
Penganugerahan pingat ini adalah sebagai pengiktirafan tertinggi menteri dan jabatan kepada individu terpilih di atas kesetiaan berbakti dalam sistem pemulihan jabatan. Jasa ini mengangkat maruah kendiri penghuni lantas memartabatkan jabatan. Khidmat bakti menyuntik semangat penghuni untuk mengubah diri demi diasimilasi bersama masyarakat.
Penganugerahan ini menzahirkan penghargaan pihak Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia atas kebaktian tulus ikhlas dalam membangunkan potensi insan ke pangkal jalan.