Acara ini berlangsung dari 24 Mac hingga 29 Mac yang diisi dengan pelbagai pengisian seperti majlis menandatangani perjanjian antara SOGDC dan pelabur, kejohanan amal golf untuk badan kebajikan Persatuan Thalassemia Sabah Cawangan Sipitang, Persatuan Pemikir Rakyat Sabah, & Sabah Society For The Blind, persidangan yang terdiri daripada forum & pameran yang menarik, dan banyak lagi. Acara ini menarik hampir seribu orang dari latar belakang, syarikat dan institusi yang berbeza untuk memeriahkan acara tersebut.