Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Turun Padang ke Raptai Penuh Sambutan Hala Tuju Sabah Maju Jaya

KOTA KINABALU - Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri telah turun padang ke sekitar lokasi pengajuran Sambutan Hala Tuju Sabah Maju Jaya pada hari ini dan telah diiring oleh Yang berbahagia Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam gerak kerja turun padang ini, beliau telah mengikuti sendiri raptai majlis pelancaran utama yang diadakan di Dewan Sipadan II dan III, SICC dan turut melawat semua booth-booth pameran yang telah diatur letak di aras 2 lokasi penganjuran.

Beliau yang pada masa tersebut juga telah bersama-sama dengan pasukan urusetia penganjur memastikan persediaan untuk sambutan setahun hala tuju Sabah Maju Jaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah meninggalkan lokasi penganjuran kira-kira 1 pagi.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps