Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Perjumpaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Diadakan Pertama Kali Selepas 2 Tahun

KOTA KINABALU - Majlis Perjumpaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah menghimpunkan agensi-agensi di bawah pejabat ini yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Integriti dan Governans, Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah (MAKSAK) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah telah diadakan di Aras 28, Menara Kinabalu pada 1 April 2022.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri dan turut dihadiri oleh dif-dif kehormat yang terdiri daripada:

  1. Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah
  2. Yang Berbahagia Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah
  3. Yang Berbahagia Datuk (Datu) Rosmadi Bin Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  4. Yang Berbahagia Puan Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran)
  5. Yang Berbahagia Datuk Ag. Shahminan Bin Datuk Hj Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan
  6. Yang Berusaha Tuan Ridhwan Roger Linus, Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar
  7. Yang Berusaha Tuan Jasni @ Abu Suffyan Bin Omar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri
  8. Yang Berbahagia Datuk Brenndon Keith Soh, Penasihat Undang-Undang Kepada Ketua Menteri
  9. Yang Berusaha Puan Dayang Noorashikhin Binti Zulkefli, Ketua Penolong Setiausaha Dan Ketua Bahagian Integriti Dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  10. Yang Berusaha Tuan Ramlee Hj Kariah, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  11. Yang Berusaha Puan Ernywati Dewi Binti Abbas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Aktiviti ini merupakan pertama kali seumpamanya diadakan sejak dua (2) tahun yang lepas berikutan cabaran pandemik COVID-19.

Majlis ini turut diisi dengan majlis penyerahan sumbangan karpet solat daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Surau Lelaki Menara Kinabalu yang diwakili oleh Yang Berusaha Tuan Jasni @ Abu Suffyan Bin Omar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri.

Majlis akhirnya diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Bakul Ramadan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri kepada semua tetamu yang hadir.



BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps